Monday, August 10, 2009

Balada Sekuntum Puspa

Aku amat bersyukur kepada Allah SWT, kerana sahabatku di Kedah tiba-tiba sms dan menyatakan hasrat melagukan puisiku Balada Sekuntum Puspa yang aku cipta sekitar tahun 1988 . Katanya untuk masuk sayembara mencipta lagu puisi. Aku setuju, kerana manalah tahu, jika Allah SWT hendak bantu aku, mudah-mudahan menang. Namun, segalanya di bawah kekuasaan-Nya. Terima kasih Sdra. Ed Lazim. Baru-baru ini, puisi `Sekuntum Kembang Untukmu Guru' diciptakan lagu oleh rakanku , Azam Dungun. Mmmm....nyanyian Jarrito, pelajar muzik UPSI. Sungguh menyentuh hati. Dinyanyikan pada sambutan Hari Guru peringkat UPSI pada 28 Julai lalu. Terima kasih untuk semua yang menyokong usaha-usahaku.

No comments: