Ihsan Noorzali atau nama sebenar Ghazali Din, dilahirkan pada 23 Disember 1963.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah. Berkelulusan Sijil Offset Printing (ILP,KL, 1985),UPM dalam jurusan Komunikasi,2003 dan sedang menghabiskan pengajian peringkat sarjana sastera(Penulisan Kreatif). Menjadi ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)sejak 1984. Menulis puisi, berita dan rencana sejak tahun 1986. Pada Mac 2005 mula berkhidmat sebagai Pegawai Penerbitan di UPSI dan pada Jun 2005 dilantik sebagai felo di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid . Kumpulan puisi perseorangan ialah `Danau Di Dadaku' (2006), `Merindu Alam'(2008,DBP). Puisi tersiar di pelbagai media. Insya Allah, akan muncul kumpulan puisi terbaharu hujung 2010.
1 comment:
Tahniah kerana terbitnya antologi terbaru Sdr. Semoga terus berkarya.
Post a Comment